Tuesday 4 March 2014

Pengalaman Bersama Alfalfa Shaklee


Saya kenal Shaklee ni masa trimester ketiga kehamilan.Masa tu Ramadhan. Macam mana kenal kurang ingat pula. Tapi tiba-tiba tergerak hati nak cuba ESP dan Alfalfa. Sebab utama adalah untuk breastfeeding kan baby. Jadi saya sendiri perlukan supplement utk memelihara tubuh sendiri dan memberi ‘added value’ untuk susu cap gantung saya. Ihihihi…
Untuk Set Berpantang,  awal-awal dah sambar Set Bersalin NR. Masa tu memang takde keinginan nak guna Set Berpantang Shaklee. Sebab dlm kepala saya set berpantang mestilah style jamu-jamu… betapa ortodoknya pemikiran saya waktu itu.
Bila Faheem Mirza lahir, Alhamdulillah susu ada. Tapi tak meriah. Faheem pula kuat minum. Kata orang tua, (termasuklah mama) budak lelaki mmg kuat minum. Susu badan saya cukup-cukup untuk sekali serving. Ingat lagi, utk Faheem direct feeding pun macam tak cukup…apatah lagi nak pam. Kalau pam nak dapat 1 oz tu Ya Rabbi, punyalah payah ! Jadi dlm kepala dah set makan alfalfa and ESP mesti susu meriah.  Itulah kesilapan pertama saya dlm pengambilan supplemen. Hukhukhuk… siap salahkan Alfalfa and ESP sebab tak nampak hasil. Ceh! Nama je Food Technologist, menda common cenggini pun tak pandai nak fikir!
Sebenarnya supplemen hanya membantu dalaman. Yang paling penting konsep demand and supply and jangan lupa minum banyak air masak. Berapa banyak? 2-3L sehari ye ibu-ibu. Saya pulak terpercaya dgn dakyah palsu kata lepas bersalin tak boleh minum air banyak-banyak  T____T. I am wrong! Mana nak buat susu kalau badan sendiri kurang air ummi oi! TQ utk Sazrema sbb dari dialah saya tahu yang kita mesti minum banyak air kalau nak BF baby. Hari ke hari, susu semakin meriah.
Saya ingat lagi, untuk tak terlalu keciwa tgk hasil pam, saya beli botol storage yang 2oz je. Jadi bila botol tu penuh happy yg amat sgt. Hari ke hari, bila botol 2 oz tu dah nampak makin tidak mencukupi, barulah saya beli botol 5oz Jingle Jungle. Nampak tak? Kena pandai motivate diri sendiri. Alhamdulillah. Berjaya!

Sekarang Faheem dah masuk 6bln lebih. Dan saya tetap mengambil alfalfa hingga kini (setelah menyedari silap saya sendiri. Kihkih). Malah kini dah jadi Shaklee Independent Distributor! Alfalfa bukan utk memeriahkan susu sahaja. Malah untuk detoks juga. Jadi, pada hemat teori saya, kalau saya detoks, kebarangkalian Faheem mendapat susu yang mengandungi bahan yang kurang elok hasil pemakanan umminya (yang amat suka kerepek dan jajan) adalah begitu rendah . lagipula, bila beralfalfa, satu kesan signifikan yang paling jelas adalah keputihan. Bertahun saya bergantung pada panty liner sebab taknak keputihan di panty saya. Namun bila beralfalfa saya perasan keputihan saya tiada. Tiada ye. Asalnya saya fikir kesan penyusuan badan. Namun ada suatu masa saya kehabisan stok alfalfa selama satu minggu, keputihan kembali. Ohhh, tidak! Kesimpulan, alfalfa berjaya mengurangkan/menghilangkan keputihan saya! Tentang alfalfa sebagai kacip Fatimah, saya sedang menyusun karangan tentang itu. Mana boleh sebarang ayat...Hikhik.

Faheem masih menyusu badan. Waktu malam, Faheem 100% direct feeding dengan saya. Sgt best perasaan itu! Paling indah dan bahagia bila dia tertidur di pangkuan time menyusu. Wallahi. Ia terlampau indah untuk digambarkan. Mudah mudahan setiap titis air susu saya mampu memberi nikmat yang infiniti utk Faheem membesar menjadi Khalifah yang disegani. Amiin.
Utk para ibu yang  sedang berfikir-fikir mahu mengambil alfalfa atau tidak, saya cadangkan anda ambil. Boleh cuba dengan saiz kecil dulu. Jangan ragu-ragu. Ianya berbaloi dengan wang anda. Bukan mahal pun. Bawah RM50 je mommy-mommy semua. Tak percaya? Boleh contact saya utk beli. Memandangkan saya mendokong sepenuhnya penyusuan susu ibu, saya tawarkan harga ahli untuk Set Breastfeeding dari Eat Your Vitamin. Sampai ketemu lagi

Post a Comment

 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Eat Your Vitamin ©