Monday 24 February 2014

Oh, Mama!


Mama saya garang orangnya. Sangat garang. Ayah agak cool, tapi kalau dah marah memang menakutkan. Tanyalah anak sedara mereka. semua tau Mak Ndak (panggilan utk mama) memang sgt garang. Bab disiplin tiada kompromi. Lewat solat, balik lambat, malas mahu tolong, dapatlah habuan. Sampaikan dulu saya pernah fikir, “kenapa dpt mama garang sgt nih? Org lain ok aje..”

Tahun pertama saya bekerja, saya tinggal dengan sepupu. Mama selalu titipkan pesanan, “jaga nama baik Mak Yang dan Pak Hussin. Jgn buat yang bukan-bukan.” Alhamdulillah, rasanya macam ok je…(nanti saya konfemkan dgn cuzzy saya) Tahun kedua saya menetap sendiri. Tiada sepupu, tiada makcik sedara. Tiada mama dan ayah. kala itu kalau saya buat nakal tak balik rumah/pulang lewat pun, bukan mereka tau. Tapi hati saya selalu berkata, “kalau aku jahat, mesti mak ayah kat kampung dapat nama. Mesti org akan kata macam mana mak bapaknya didik anak-anak…”, automatic saya terdidik seperti mama ayah masih memerhati saya. Sudah terbiasa agaknya.habis kerja pulang ke rumah. Takde kerja pulang ke kampung. Berapa kali saya jengah complex beli belah jb sepanjang 3 tahun ni pun rasanya boleh kira dgn jari.

Kini setelah menginjak dewasa (dah jadi mak orang pun), keluar dari pantauan mereka, saya sedar disiplin itulah yang membentuk manusia. Bila mereka marah, mereka tegur waima tengking sekalipun adalah kerana mereka sayangkan kita. supaya bila kita berdepan dengan org lain, kita takkan buat perlakuan sebegitu. Siapalah yang mahu sayang kita lebih dari ibu ayah kita sendiri?

Harapan saya agar saya juga mampu mendisiplinkan anak saya seperti mama ayah menbentuk saya. Saya sedar semuanya kena bermula dari awal. Biarkan anak terbiasa. Kalau dah tua bangka baru nak tegur, sudah terlambat. Mungkin berlainan cara, tapi pendekatan dan objektif yang sama. Acuan berbeza, namun kek nya tetap sama. Untuk membentuk anak menjadi ‘manusia’.

Post a Comment

 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Eat Your Vitamin ©